Bismillahirrahmanirrahim.
Salam kepada semua.Setelah sekian lama aku menyepi dari dunia blogging,akhirnya blog ni hidup kembali.Seingat aku kali terakhir aku update blog ni pada bulan 7 tahun lepas.Terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh blog ni.Antaranya;
1.Waktu di hosting lama dulu,blog ni selalu sangkut.Malah pernah sampai seminggu aku tak dapat access ke blog aku.Kalau tengah tak de BE dari Nuffnang,aku tak kisah sangat.Ini BE ada,tapi blog tak leh access.
2.Aku transfer domain aku ke hosting lain,tapi DNS pula jadi masalah.Banyak kali juga aku hubungi hosting provider aku,tapi masalah tak setel2.Rupa-rupanya hosting aku yang masalah.
3.Bila dah setup balik wordpress,aku baru teringat yang aku tak de buat back up time aku nak pindah hosting dulu.Kenapalah aku boleh buat kerja tak tersusun macam ni.
Itu masalah blog,belum campur masalah diri sendiri yang memang secara semulajadi malas nak update blog.Bukan tak de benda nak diceritakan,tapi tak de idea nak olah cerita tu bagi sedap dibaca.
Rasa teruk sangat bila post-post aku yang lama dulu tak dapat diselamatkan.Tapi tak pelah,boleh bermula semula dengan entri2 yang baru.Kalau nak diikutkan, memang ada data back up,tapi tahun 2010 dulu.Itupun back up sebab nak upgrade WordPress.Masalahnya,dah puas aku godek2 external hard disk aku,tak jumpa2 juga data back up tu.Pasrah jelah.
Tahun 2012 dah masuk bulan ke 3.Alhamdulillah,dah ada azam aku yang tercapai.Terima kasih buat isteriku yang tercinta atas sokongan yang diberi dalam proses aku nak mencapai azam tersebut.InsyaAllah,aku akan pastikan azam aku untuk tahun 2012 tercapai,sekurang-kurangnya separuh dari senarai yang aku buat.
Cukuplah dulu untuk entri pertama.Nak taip panjang2,rasanya belum sampai masanya lagi.Kira ini sesi panas enjin la.InsyaAllah ada entri2 lain akan menyusul lepas ni.Walau sibuk macam mana pun,aku akan cuba update entri,sebaik yang aku mampu.
Terima kasih kerana membaca.Silalah tinggalkan komen.




