Buat duit dengan survey
Assalamualaikum.
1.Zaman sekarang ni banyak sangat cara untuk menjana wang di internet.Salah satu daripadanya adalah melalui survey.Setiap program survey ada yang menawarkan ganjaran duit ataupun mata setiap kali kita selesai menjawab satu2 survey.Malah ada program survey yang tetap memberi mata walaupun kita terkeluar dari saringan survey.
2.Pada 21 Jun yang lepas aku ada request vaucer dari satu laman web survey yang aku sertai.Dan pada 4hb Julai satu slip pos laju tertampal kat pagar rumah aku.Tapi baru hari Khamis lepas aku berpeluang pergi ambil di pejabat pos laju.Memang kalau dinilai,vaucer RM30 tidaklah besar,tapi besar ke kecil,itu rezeki Allah beri.BERSYUKURLAH seadanya.

3.Buat duit dengan survey bukan satu pilihan yang baik kalau korang nak cepat kaya buat duit di intenet.Dan aku rasa kebanyakan otai-otai IM kat Malaysia ni tak pandang pun buat duit dengan survey ni.Satu sebabnya ialah ia mengambil masa yang lama untuk mencapai jumlah minimum untuk request vaucer/duit.Bagi aku,yang bukan IM,jawab survey ni lebih kurang macam mengisi masa lapang je.Kalau ada emel jemputan jawab survey,aku jawab.Malah kadang2 kalau tak de masa,aku skip je jemputan tu.Dalam tahun 2012 ni aku baru dapat dalam 20 jemputan survey je.

4.Ramai juga yang tak puas hati bila tak dapat emel jemputan survey.Perlu diingat,emel jemputan dihantar mengikut profail yang telah kita isi.Kalau skop survey tak kena dengan profail yang kita isi,mana nak dapat emel jemputan.Malah kalau dapat emel jemputan sekalipun,belum tentu kita layak sebab di awal setiap survey tetap ada soalan tapisan seperti umur dan pekerjaan kita.Yang penting ikhlas jawab soalan diberi.Barulah BERKAT vaucer/duit yang kita dapat nanti.

5.Bagi rakan2 yang berminat nak sertai program jawab survey ni,sila klik kat gambar di bawah.Jangan risau,bukan link affiliate dan aku tak dibayar untuk promote program ni.Selamat mencuba.


thanks tuan…menarik….dapat baucer free jadilah sekali outing dengan family…
apa cerita skang?? lama tak jenguk blog ni..
nice info here..nanti den try..walaupon sikit nilainya,tapi ok la..FREE
selain survey . klik links jer pun duit masuk . saya pun baru daftar tapi dah dapat $ 40 . kalau anda nak . klik links ni dan daftar
http://www.fineptc.com/index.php?ref=ar21
p/s : kalau nak tahu lebih lanjut emel saya okay ? arenwan@ymail.com .
insyallah berbaloi .